Assalamualaikum,
Sebelum ini ZBA terbang sana dan terbang sini. Ronda-ronda cari pengalaman dan lihat Sabah dari bandar ke bandar secara dekat. Hari ini terasa pula nak melihat lancskap sebenar bumi Sabah. Walhal dari cerita media politaik, dijunjung setinggi langit kononya negeri dibawah bayu ini ada segala-galanya. Tapi kini ZBA ingatkan bahawasanya cakap siang pandang-pandang dan cakap malam intai-intai.
Bermula daripada KK menuju Tamparuli melalui Jalan Tuaran. Ketara sedikit sebanyak telah ada pembangunan dikiri kanan jalan. Tetapi masih ada yang miskin dan memerlukan bantuan. Sedih apabila mengenangkan 58 tahun merdeka dan 52 tahun berada dalam negara 1M. Tidak banyak perubahan yang dilakukan cuma sekadar menutup mata yang sengaja dibutakan. Raayat dibohongi dengan air liur pemimpin. Pemimpin datang dan pergi. Pergi membawa bersama kekayaan masing-masing. Tinggalah si dodoi yang masih berumah tiangkan bakau dilembah-lembah berair yang serba dhaif.
Keseluruhan jalan raya di Sabah adalah dalam kelas 3rd Class road. Semakin kita kependalaman semakin ketara standard jalanraya yang mereka miliki. Daripada KK melalui Jalan Tuaran kearah Tamparuli. Jalanraya sebelah dua lorong yang landai dan lurus. Pemandu campion daripada 1M harus berhati-hati memandu di Sabah. Pemandu Sabah tidak pandai tetapi terlebih tertib. Mereka sesuka hati sahaja jika ingin membelok kekiri atau kekanan. Sememangnya Toyoya Jepun, Proton 1M, Perodua 1M dan pelbagai kenderaan didatangkan bersama dengan lampu isyarat (signal). Malangnya pemandu di Sabah tidak pandai menggunakanya. Mereka akan membelok sesuka hati kemana mahu pergi. Namun demikian tahap kemalangan jalanraya mereka tidak sehebat pemandu-pemandu F1 di Semenanjung.

PAGE UNDER CONSTRUCTION
THANK YOU
No comments:
Post a Comment