Tuesday, March 10, 2015

SABAH STATE RAILWAY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Sebelum kita naik keretapi dan berjalan jauh, elok ZBA ambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan "Airport Train" atau lebih dikenali dengan nama ERL.
Ini bukan nak mempertikai tentang ERL tetapi bagaimana nak travel dengan mudah daripada KL Central ke KLIA1 dan KLIA2 dengan cara murah bagi warga-warga kurang berkemampuan macam kita demi menjimatkan wang dan masa.  
Kepada  pembaca  yang  mampu mungkin memandang remeh dan mereka boleh menggunakan perkhidmatan ERL Ekspress dan sampai di Lapangan terbang dengan beg tarik dan jacket 1M terpampang didada.  Tapi kalau standard ZBA, bolehlah transit setengah jam di Putrajaya atau Salak Tinggi.  Ambil angin dan santai dikedai mamak conner Putrajaya.  
Bersusah payah sedikit turun naik ERL tetapi penjimatan yang dilakukan membolehkan pembaca makan tenghari di MZ Restoran di KLIA2.  Atau makan tengahari/petang di Putrajaya dan mengelakan diri daripada makan di KLIA2 yang sememangnya mencekik darah.
Sekarang ZBA tidak lagi bersusah payah menaiki bus tersangkut sana sini dalam kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan KL Central pada waktu petang. Caranya mudah, praktikal dan menjimatkan. Walaupun transit tetapi kita tidak perlu berdiri khususnya diluar waktu puncak kerana ERL mengadakan perkhidmatan setiap 30 minit dengan kapasiti kerusi yang banyak tetapi kekurangan jumlah penumpang.  
Apa yang perlu pembaca buat ialah dengan membeli tiket daripada KL Central ke Putrajaya dengan harga cuma RM9.50.  Turun dan exit kemudian beli tiket semula. Tunggu selama 30 minit dan teruskan perjalanan.  Putrajaya ke KLIA1 dan KLIA2 cuma RM6.20.  Jumlah satu hala perjalanan ialah RM 15.70.  Bayangkan pembaca telah berjimat sebanyak RM19.30 daripada RM35.00 sehala dengan menggunakan ERL Ekspress atau pun ERL Transit.  Jika dikira perjalanan pulang/pergi, penjimatanya ialah sebanyak RM38.60.  Satu jumlah penjimatan yang banyak bagi seorang backpacker tegar. Contoh kedua :
KLIA2 ke Salak Tinggi.  Tiket berharga RM3.20.  Salak Tinggi ke KL Central RM12.50. Jumlah RM15.70.  Jumlah penjimatan adalah sama.  Oleh yang demikian kenapa harus membuang duit sedangkan ada alternatif dan perkhidmatan yang disediakan adalah sama. Cuma kita hanya sedikit membuang masa sekitar satu jam jika menggunakan perkhidmtan ERL bagi dua hala perjalanan.
Dibandingkan dengan bas, tidak dinafikan perkhidmatan bas lebih murah tetapi ketepatan masa dan keselesaan lebih kepada ERL.  ZBA sekadar berkongsi pengalaman tetapi pilihan masing-masing adalah ditangan pengguna.  Bagi  "orang umur pendek", kami diberi potongan 30% lagi.  Mungkin sebagai mengenang budi atas sumbangan yang telah diberikan atau kami jarang-jarang sekali menggunakan perkhidmatan ERL.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Sabah mempunyai rangkaian pengangkutan keretapi. Sebenarnya ia telah ujud sejak beberapa lama dahulu. Sejak 3 tahun kebelakangan, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah dinaiktaraf dengan pembaikan landasan dan pembinaan stesen-stesen baru disamping penggantian koc-koc baru yang teknologinya didatangkan daripada China.   
Semasa temubual ZBA dengan kakitangan JKNS, dimaklumkan bahawa koc-koc yang dikatakan baru itu, walaupun plastiknya dibuka ketika sampai di Sabah tetapi hakikatnya adalah koc-koc terpakai yang dibeli daripada Negera China.  
Era baru Train Keretapi Tanah Melayu 2015
Koc terbaru Keretapi Negeri Sabah 
Kelajuan maksima train ini ialah 120 kmj. Peringkat awal mereka mempunyai masalah teknikal ketika  pelancaran walaupun dengan kelajuan 70 kmj.  Dihari pertama pelancaran, ZBA berkesempatan menaiki daripada Stesen Tanjung Aru ke Beaufort. Perjalanan mengambil masa 3j dan sekali menghadapi maslah teknikal apabila sampai di Stesen Kimanis.  Train tetiba berhenti dan alat penghawa dingin tidak berfungsi sehinggalah ke Stesen terahir Beaufort. Riuh rendah penumpang berbicara memberi komen masing-masing.

Pemandangan diatas ialah Stesen Beaufort, dikiri keadaan dalam train dan kanan lokomotif yang digunakan sebelumnya.
Dibawah ialah peta menunjukankan nama-nama Stesen perhentian Keretapi Negeri Sabah.  Dimaklumkan 3 tahun lepas,  train baru ini hanya beroperasi diantara Stesen Tanjung Aru ke Stesen Beaufort sahaja.  Sementara daripada Stesen Beaufort ke perhentian terahir Tenom masih menggunakan train versi lama.

Difahamkan bahawa dewasa ini para pembaca boleh menggunakan perkhidmatan keretapi daripada  Tanjung  Aru terus    menuju       Tenom    tetapi harus     bertukar    di          Stesen Beaufort.                  Perkhidmatan berjadual           sedia    ada    tidak memungkinkan    untuk pulang ke Tanjung Aru pada   hari   yang sama.   Pembaca   harus     sehari   bermalam di Tenom   dan meneruskan perjalanan Tanjung Aru    pada     keesokan    harinya .
Pemandangan sepanjang perjalanan keretapi Sabah daripada Tanjung Aru ke Beaufort pada lazimnya tidak banyak perubahan daripada keretapi di Semenanjung. Melaui kawasan-kawasan perumahan, hutan, bukit bukau,  paya dan tanah pamah.  Kawasan menghijau tanaman getah, kelapa sawit dan sawah padi.  Pembaca dengan jelas juga dapat melihat bagaimana  penduduk setempat menghadapi kehidupan harian mereka.  




Tidak ketinggalan ZBA nyatakan bahawa etika kita dari dahulu sehingga sekarang tidak berubah. Apa yang ada di Semenanjung juga ada di Sabah. Kebanyakan rumah-rumah penduduk yang terletak berhampiran dengan landasan keretapi membelakangkan rumah mereka kearah landasan.  Kita dapat lihat sikap buruk, pengotor, dengan sampah sarap dan sebagainya sebagai hidangan kepada mata pelancung asing.  Amat menjijikan.  Kurang adap dan dilihat seolah-olah tidak bertamadun.
Pengahir kata, jika ada diantara pembaca yang meminati alam kehijauan dijalanan, adalah tidak keterlaluan agar  sekali mengambil kesempatan mencuba laluan ini.


KOTA KINABALU TO TENOM TRAIN OVERLAND







No comments:

Post a Comment