Tuesday, March 3, 2015

KOTA KINABALU BEACHES

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani

Assalamualaikum,
Negeri dibawah bayu.  Itulah nama manja bagi Sabah.  Negeri tertegaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Sabah sebuah negeri yang berpotensi menarik jutaan pelancung setahun tetapi agak malang psarana yang disediakan tidak banyak menepati kehendak pelancung. Kurang dipromosikan sedangkan Sabah berpontensi membawa masuk jutaan RM setahun dari keindahan dan kecantikan serta keaslian negeri tersebut.
Kota Kinabalu sebagai ibu negeri dengan sistem jalanraya yang teruk jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di1M. KK walaupun dilihat membangun tetapi agak perlahan. Pengangkutan awam ditahap paling teruk.  Sebagai  ibu negeri Sabah, KK tidak mempunyai stesen bas yang betul-betul terancang dan masih menggunakan bas "sangkut-sangkut" yang sudah tidak ada dalam kamus pembangunan.  
"Bandaraya" yang dipenuhi dengan setinggan samaada didarat, laut atau pendalaman. Ditengah-tengah bandar KK masih ujud sebuah pasar yang jijik sejijik nama yang dikenali sebagai "Pasar Filipina". Kotor, tidak terurus dan kebanyakan perniagaan adalah warga asing yang mencari keuntungan disebalik kecurangan pemerintah yang menagih simpati mereka dimasa-masa tertentu.  

Mungkin komen ZBA agak keterlauan, pedas dan mungkin tidak disenangi ramai.  Tetapi itu adalah hakikat dimana bumi bertuah ini ZBA telah menjejaki sejak dari seawal tahun 1974 dan sehinggalah sekarang. Kebelakangan ini setiap 3 bulan ZBA akan  berada di KK dan melihat dengan mata kepala sendiri apa yang terdapat di KK jika dibandingkan sejak tahun 1974.  Malang bagi raayat Sabah. Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam tetapi miskin daripada pandangan mata yang memandang. Pemimpin saling silih berganti tetapi mereka datang dengan air lior dan mereka pergi dengan pangkat, darjat dan kekayaan.  
Contoh.  Pembesaran jalanraya daripada Lapangan Terbang KK Terminal 1 ke Lok Kawi.  Jalan tersebut ZBA lihat telah masuk dua kali pilihanraya negeri dan juga parlimen tetapi sampai sekarang masih terbengkalai dan kemungkinan menanti pertukaran kerajaan pusat. Maaf jangan tanya saya kenapa,  tetapi tanyanya penduduk setempat siapa yang mereka pilih dan untuk apa mereka dipilih. Sekadar renungan dan mungkin juga rintihan mewakili raayat Sabah.
ZBA telah merayap ke seluruh Negeri Sabah di bawah bayu. Alam semula jadinya amat cantik khususnya pantai-pantai peranginan.  Namakan sahaja sama ada di KK atau dilain-lain daerah.  ZBA tahu banyak daripada pengunjung ke Sabah terlepas pandang dan mereka banyak mengalih pandangan ke Gunung Kinabalu  dan persekitaranya termasuk Kota Kinabalu sahaja. Jarang sekali kita dengar pengunjung menceritakan tentang pantai-pantai di Sabah yang wajar dikunjungi.  
Teman dan taulan banyak menceritakan tentang kecantikan Pulau Sipadan, Mabul dan persekitaranya. Lokasi tersebut adalah khusus kepada penggemar "snorkeling" yang merupakan salah satu yang tercantik.




























Mengalih pandangan daripada Gunung Kinabalu yang menjadi kepastian kepada sesiapa yang mengunjungi Sabah, ZBA membawa kepada kawasan riadah pantai yang wajar dikunjungi khususnya ketika berada di Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah.  Satu topik yang agak berbeza dan sesungguhnya amat menenangkan fikiran apabila melihat kecantikan pantai di negara sendiri. Sebagaimana maklum  Kota Kinabalu juga mempunyai pantai-pantai yang menarik untuk dikunjungi.
Tanjung Aru.  Terletak 1km daripada Terminal 2 KKIA atau 6 km daripada Bandaraya Kota Kinabalu.  Pantainya cantik dan bersih dan amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Terdapat banyak hotel dari semua katogeri untuk penginapan pilihan yang berdekatan. Menempatkan sebuah "Food Court" bagi memudahkan pelancung menjamu selera masakan tempatan dan juga antarabangsa. Harganya dilihat agak berpatutan dan dibuaka sehingga larut malam.
Tuanku Abdul Rahman Park.  Sebuah taman marin yang cantik untuk dilawati. Merangkumi Pulau Gaya , Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Banyak package disediakan untuk pembaca melawati pulau-pulau tersebut yang disediakan bermula daripada Jesselton Jetty yang terletak berhampiran Pejabat Kastam DiRaja Sabah. Perkhidmatan bermula seawal pagi dari jam 0700am - 5.00pm dengan bayaran RM 53.00 untuk package 4 buah pulau. Ini tidak termasuk cukai terminal RM7.20 dan bayaran masuk kepulau RM 1.00 seorang. Perkhidmatan dengan bot-bot laju mengambil masa 15-20M untuk perhentian pertama.  
Package Santai.  Beroperasi secara kumpulan dengan beberapa buah boat laju. Lokasi ialah di Waterfront KK berhadapan dengan Komplex Suria Sabah dan Sabah Park Jetty.   Disini harga boleh ditawar menawar dan persetujuan package bergantung kepada kemahuan pembaca. Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan package-package yang ditawarkan daripada Jetty Jesselton.  Walau bagaimanapun ZBA nasihatkan memilih package yang mempunyai lesen dan perlindungan insurance yang sah memandangkan bahaya gelombang dilaut yang tidak menentu.
Pantai Peranginan Beringgis.  Lebih kurang 10 km daripada KKIA T1 dan 15 km daripada KKIA T2 menghala kearah pekan  Papar.  Secara mudah selepas Kem Lok Kawi terdapat satu simpang tiga dengan lampu isyarat dan belok kekanan menghala ke Kinarut. Jika pembaca datang dengan pesawat, 5 minit ketika pesawat sedang approach menuju landasan dibawahnya ialah Pantai Beringgis yang memutih dan cantik.







Lokasinya mendamaikan.  Terdapat resort dan hotel-hotel sebagai tempat untuk beristirehat.  Sesuai untuk pasangan berbulan madu juga keluarga.  Jauh daripada kesibukan kota dan seolah-olah pembaca  dikawasan perkampungan.

 Pemandangan Pantai Beringgis dan persekitarannya.

Pantai Beringgis dan pemandangan.



















Pantai Karambunai. Terletak hampir 24km daripada KK menghala ke Teluk Sepanggar. Juga sebuah pantai yang cantik tetapi lautnya agak bergelora. Disini terdapat dua buah resort yang exklusive. Satunya dikenali sebagai Nexus Karambunai Resort. Harganya mungkin bukan Taraf ZBA untuk menginap disini (RM340.00).  Karambunai resort merupakan penginapan bagi "Kaki golf" yang kebanyakanya ialah pelancung asing yang datang beriadah disamping menghabiskan masa bermain golf.
Banglo & Apartment di Karambunai Beach
Pantai mereka juga merupakan "private" khusus kepada pelanggan-pelanggan resort sahaja.  Satu lagi resort berdekatan menawarkan harga RM1050.00 semalam bagi bungalow yang dikelilingi oleh kolam mandi dan RM680.00 bagi apartment.
Selain daripada yang ZBA senaraikan, terdapat banyak lagi pantai-pantai yang menarik untuk dikunjungi. Kebanyakanya merupakan pantai-pantai peranginan yang dimiliki secara persendirian dengan kelengkapan hotel penginapan bertaraf antarabangsa.  
Jauh di Kudat juga terdapat pusat riadah pantai yang cantik.  Dikenali sebagai Pulau Mantanani.  Para peminat snorkeling dan Island horping akan meninggalkan seribu kenangan selepas mengenali Mantanani Island yang sebenar.  Selamat berkunjung.


 SABAH BLUE SKY WITH BEAUTIFUL BEACH


No comments:

Post a Comment