Wednesday, March 18, 2015

REUNION VETERAN TUDM (TADBIR)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Semuanya ketentuan Allah S.W.T.  Ajal, maut, rezeki dan jodoh                        ketentuanNya. Alhamdulillah kebanyakan kami masih dipanjang usia dan diberi kesihatan yang sempurna. 
Berkat usaha seorang sahabat dengan bantuan teknologi komunikasi canggih bermula daripada 5-6 orang kini group watshap kami telah mencecah sehingga ratusan kekawan.  Itu pun dalam masa yang sama, masih ada yang sensitif dengan gurauan kekawan dan sanggup meninggalkan group gara-gara politik sempit yang mereka anuti. Tidak kisah itu semua asam garam dalam kehidupan berkumpulan.  Mereka mempunyai idealoji tersendiri yang perlu  kita  semua   hormati.  
Natijahnya tiada siapa yang untung dan tiada siapa yang rugi. Tapi apa yang perlu, tinggalkan yang lama dan ambil yang baru. Tanggalkan pakaian seragam, tanggalkan balak dibahu. Buang singa ditangan dan robakkan cangkok dilengan. Nyahkan pingat didada dan rendahkan suara. Tunduk kebawah, hilangkan taraf dan kedudukan dan hiduplah sebagai pesara dengan sisa-sisa umur senja yang diberkati Allah. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Lupakan suka duka dan tumpukan kepada Amal dan Ibadat sebagai bekal diakhirat nanti.  Sesungguhnya diantara mereka yang beriman adalah hamba-hambanya yang soleh disisi PenciptaNya (Allah).  
Sentiasa DiAngkasa Raya lagu kebanggaan Kami Veteran TUDM (Tadbir)
Cerita 21 tahun lampau dan sesetengahnya mungkin lebih daripada masa 21 tahun. Banyak kenangan silam jika dibandingkan pengalaman pahit dalam perkhidmatan dimana negara dikala itu berdepan dengan tentangan dan rintangan. Kini segalanya aman damai  "Bak kata seorang macai tegar", Malaysia masih aman dalam kemelut politaik yang amat menjijikan.  Tetapi  "ada kami kisah".  Lantaklah.  Bagi kami telah banyak darah, nanah, peluh dan  keringat telah kami tumpahkan untuk Mu  NegaraKu
Kenali mereka Reunion X Tadbir TUDM 14 Mar 2015
Tuan Hj Soteto, Jamaluddin, Mohd Taib dan Mohd Rus.
tercinta.  Tapi lihatlah keamanan yang kami ciptakan telah dinoda dengan pelbagai oleh politaik yang rakus atas nama pembangunan. Pembangunan yang sebenarnya adalah kerana poket-poket sendiri, kerana perut-perut mereka sendiri, kerana kroni-kroni sendiri. Apa yang kami dapat hanya sebutir PJM yang tidak mendatangkan manfaat apa-apa. Diharapkan sekangkang kera tapak rumah, hanya tinggal janji pilihanraya. Diharapkan sebidang tanah untuk   pertanian,    janji   tinggal
janji.  5 tahun sekali dijaja sana dan sini dengan air liur, apabila menang janji ditelanjangi. Tinggallah veteran dengan penuh harapan.  Harapan yang masih mengharapkan sesuatu. Janji yang pudar tetapi dengan pudaran itu ramai veteran yang telah sedar dan mereka kini bertekad mengalih mata pena daripada sekutu lama kepada sekutu baru.  Reformasi.  Satu perkataan yang amat jijik oleh penguasa tegar tetapi kami Veteran tidak akan berpaling kembali kezaman 21 tahun lampau.          Veteran           wajib  
melangkah sejajar langkahan kami dalam menghadapi musuh negara dizaman kesukaran. Veteran masih mengenal pemetik picu, masih boleh menenang dengan sebelah mata yang baik dan masih gagah untuk menghemburkan 5.56mm kesasaran.
Veteran didodoi dengan berbagai olahan cogankata.  Itu dan ini. Akhirnya ramai yang meninggal dengan mulut terlopong kerana masih setia menunggu simpati.  Pada yang bernasib baik disuapkan dengan sebiji PJM, maka lenalah dalam buaian yang enak.  Sedar-sedar rupanya mereka tidur digua Al-Kahfi.
Tuan Hj Mohd Sattar, Jais Razali dan Mohd Yusof
Berbalik kepada namanya pembangunan.  Ratusan hektar tanah dan bangunan tergadai kepada 1MDB.  Tiada ada lagi nostalgia bagi TUDM.  Tempat lahirnya 60 tahun dulu dilembah Kuala Lumpur bakal dimusnahkan.  Tiada satu pun pesawat yang berani menyerang 1MDB  kerana semua radarnya dimatikan oleh pesawat  jemmar MH370.
TUDM Kinrara sebuah pengkalan melatih "interlek" bagi veteran satu ketika dulu, kini hampir tinggal nama dibedak untuk pembangunan.  Meleleh air liur veteran melihat pembangunan disekeliling namun tidak sampai tangan untuk menjangkau kalau hanya setakat pencen yang ada.  Maka bermaharaja lelalah pembangunan dan tinggallah dikau veteran dengan mata putih dan mulut ternganga.
Tuan Hj Mohd Tahril, Mohd Jais dan Abd Rahman Jabar
Kini TUDM Butterworth pula menunggu masa dan giliran untuk dilapah dan dibedak pembangunan. Berterbanganlah pesawat tempur mencari landasan pendaratan, mungkin akhirnya  mereka kesempadan Thailand. Pembangunan mengatasi keselamatan.  Apakah mereka-mereka kisah.  Ketika itu veteran tidak boleh bersuara lagi kecuali suara-suara mereka didengar oleh cacing.
Bukan setakat pengkalan-pengkalan TUDM.  Keghairahan mereka tidak terhad malah Kem Majidi juga telah bertukar tangan.  Entah besok entah lusa, mana lagi tanah perwira akan digadai demi menrealisasikan sebuah pembangunan.  
Tuan Haji Razlan, Wahid, Yusof dan Mohd Yunus
Banyak dari kalangan kekawan kami masih ada lagi dalam mimpi pagi antara sedar dan tidak kerana nyanyok. Walaupun rambut dikepala bak lalang kering ditanah yang lapang tetapi masih tidak boleh berfikir secara waras.  Mungkin difahami bahawa rambut yang putih itu seolah-olah baru hendak tumbuh dan akan kembali segar.  Walhal kami semua sudah hampir ketepian kubur menanti panggilan terahir "last post".
Berbalik kepada diri kami, kami semua telah tua dimamah usia.
Setiap tahun reunion diadakan tetapi bukan semua berkelapangan untuk menghadirkan diri.  Ada yang telah pergi, ada yang keuzuran, ada yang dihimpit permasaalahan dan sebagainya.  Walau bagaimanapun atas usaha segelintir kekawan yang prihatin, hari ini tarikh keramat 14hb Mac 2015 sekali lagi dengan Taufik dan InayahNya kami dipertemukan semula.  Berbagai ragam, berbagai kisah lama diceritakan dengan penoh minat dan gelak ketawa.  Sindir mengindir, kata mengata semuanya cerita gembira yang dibuka daripada nostalgia semasa perkhidmatan.  Begitu ceria sekali seolah-olah kecerian semalam tidak berahir sungguhpun telah puluhan tahun dalam kenangan. 
Tuan Hj Mohd Shafie, isteri dan rakan-rakan
Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah yang menentukan rezeki masing-masing.  Ada yang dulunya berjawatan kini tidak kemana.  Ada yang dulunya orang suruhan kini sebaliknya. Ada yang dahulunya hanya mampu dengan motosikal kini dengan Mercerdes Benz atau BMW atau sebagainya. Sebaliknya ada yang dulunya sombong dengan pangkat dan kedudukan kini masih dengan proton lamanya.  Tetapi dalam semua yang kami ada, nikmat kesihatan yang dianugerahkan Allah kepada kami semua, tiada nilai bandingnya.  
Tuan Hj Jahidin bersama Tuan Hj Abdullah Lembek
Kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah Maha Pencipta  dan  Maha Agung, kalau dulunya  kami setakat mengenali tangga Masjid seminggu sekali kini semua telah pun bergelaran paling mulia. "Tuan Haji".  Ramai yang telah bergelar Haji dan sesetengahnya telah berada didepan jemaah di kariah masing-masing.  Kepala yang semakin tidak serasi ditumbuhi rambut kini ditutup kemas dengan kopiah putih yang bersih. Alhamdulillah kami amat bersyukur kepadaMu Ya Allah. Mohon kami diteguhkan iman kepada Islam dan dimatikan kami dalam Islam  Ya Allah,  berikanlah kami kebaikan didunia dan kebahagian di Akhirat.  Amin.
Tuan Hj Jahidin, Abu Seman, Shamsuddin dan Mohd Fitri
Bak kerana usia yang lanjut dengan perubahan pada wajah, kepala yang licin, warna rambut yang putih dan pagar yang telah gugur, mata yang telah kabur, kami sekadar dapat berdakap mesra semasa bersalam sambil berbisik memperkenalkan diri.  Ada diantara kami yang dikenali dengan nama sebenar malah ada juga hanya dikenali dengan nama popular atau nama gelaran/samaran. Masyaallah sebenarnya kami dahulu dalam alam sepak terajang dan kini semua menjadi kenangan dan nastoljia.  ZBA kenang mereka dan kekadang menitiskan air mata kegembiraan.  Bukan saja ZBA malah keseluruhan kami boleh dikatakan begitu.  Tiada siapa mengambil hati kerana semua deria ingatan telah berpindah kepada cara hidup masing-masing selepas berstatus pesara sejak sekian lama.
Pengerusi Penganjur Tuan Hj Abd Rahman dengan gaya tersendiri
Banyak kisah-kisah lama terbongkar.  Semuanya menjadi bahan ketawa sepanjang malam. Itulah sebuah kehidupan.  Kehidupan dari alam remaja kepada alam tua yang menjajanjikan sejarah dalam kehidupan sesaorang yang bergelar Insan.
Malam terlampau pendek untuk merangkumi semua yang kami temui.  Maaf tidak dapat bermesra dengan kekawan tetapi berasa puas walaupun sekadar memberi salam. Rupa-rupanya pertemuan kami telah melangkah kehari yang lain. Kami semua akur kerana itu adalah perubahan waktu bersama perubahan umur.  Panjang umur sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan.  Insyaallah.
Tuan Hj Hassan Idon,  Ahmad Lebai, Nordin, Soteto dan Helmi.
Selamat Hari Lahir buat tuan-tuan semua.
Sekalung budi dan tahniah serta syabas kepada kekawan yang bersusah payah menjayakan pertemuan ini. Budi mu dikenang dan jangan lupa pertemuan dialam maya washaap bagi memperkukuhkan siratulrahim kita agar berpanjangan.  

Salam dari ZBA dan keluarga semuga dipanjangkan usia, ditahun-tahun berikutnya kita bertemu lagi.  Insyallah.


Kenangan 14 March 2015 Ex TUDM (Tadbir)
SENTIASA DIANGKASA RAYA


No comments:

Post a Comment