Tuesday, March 31, 2015

SEJARAH BUMI BERTUAH




Assalamualaikum,

Hari ini 04 Nov 2016 bersamaan dengan 04 Safar 1438H.  Hari bumi bertuah bagi seluruh raayat 1M.  Tidak kira kaya atau miskin harus menerimanya.  
PATRIOTIKKAH AHLI PARLIMEN BN UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA.
Koleksi oleh :  Perayap Jalanan.
For My loving generation 
Ucapan Perbahasan Belanjawan oleh Ketua Ahli Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Isnin 31 Oktober 2016.
Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global?
Sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang paling lama, setelah berkhidmat selama lebih empat puluh tiga tahun dalam sepuluh daripada tiga belas penggal sejak 1969 sehingga kini – kecuali dalam Parlimen Kesembilan pada November 1999 hingga Februari 2004 – saya amat sedih untuk mengumumkan bahawa sepanjang 43 tahun itu, saya tidak pernah berasa begitu malu dan marah melihat keadaan negara yang menjadi satu-satunya cinta hati dan patriotisme saya, yang saya rela berkorban apa sahaja termasuk jiwa raga, telah jatuh ke tahap yang begitu teruk sehingga menteri dan Ahli-ahli Parlimen langsung tidak tersinggung apabila dunia menggelarkan negara sebagai sebuah kleptokrasi global.
Apa yang telah berlaku kepada Malaysia? Adakah para Menteri dan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan pemimpin-pemimpin di negara ini telah betul-betul kehilangan kompas moral, walaupun Ahli Parlimen bermula dengan doa berikut sebelum setiap sidang Parlimen.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Pemerintah dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan… Kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Rakyat, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negara Malaysia, bagi rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu hidayatMu dipohon menyuluh memandukan, pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran Allah, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan, bagi negara Malaysia, serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Tuhan seru alam sekalian”

Adakah doa ini telah kehilangan ertinya.
Adakah kita telah menjadi munafiq, sehingga habis terlupa doa yang kita baca di setiap pembukaan sidang Parlimen sehingga kita langsung tidak terganggu atau berasa malu dan marah untuk negara yang dikenali dunia sebagai sebuah kleptokrasi global, sebuah negara yang diperintah Tiga P’ pencuri, perompak dan penyamun.
Apa itu kleptokrasi ?. Ia ditakrifkan sebagai pemerintahan oleh pencuri atau sekumpulan pencuri.
Adakah begini akhirnya, apa yang dicita-cita dan diimpikan oleh para bapa-bapa kemerdekaan dan bapa-bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Tun Razak, Tun Tan Siew Sin, Tun V. Sambanthan, Tun Fuad, Tun Mustapha, OKK G.S. Sundang, Temenggong Jugah, Datuk Haji Openg, Ong Kee Hui, Ling Beng Siew dan James Wong ketika Malaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 1963?
Adakah kita boleh berasa bangga bahawa Malaysia kini dikenali dunia sebagai negara ditadbir Pencuri, Perompak dan Penyamun?
Jika Malaysia tidak sepatutnya dikenali dunia sebagai sebuah kleptokrasi global, maka pemimpin dan institusi Malaysia, bermula daripada Kabinet dan Parlimen, mesti menolak dan membantah secara jelas agar dapat didengari seluruh dunia bahawa fitnah dan nista terhadap nama baik negara dan reputasinya adalah salah dan tidak berasas.
Jika ada pun asas untuk gelaran kleptkrasi global bagi Malaysia di mata dunia, maka Parlimen dan seluruh warganegara yang patriotik haruslah melibatkan diri dalam proses untuk membersihkan negara daripada kehinaan tersebut dengan menyingkirkan daripada sistem dan jabatan mereka yang bertanggungjawab ke atas kehinaan tersebut, tidak kiralah tinggi mana pun pangkat mereka.
Bukan menjadi pilihan untuk Parlimen dan negara terus berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa ke atas penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global, kerana membisu dan tidak berbuat apa-apa, apatah lagi menerima sahaja gelaran itu menjerumuskan kita semua di mata komuniti dunia sebagai rakyat sebuah negara yang ditadbir Pencuri Perompak dan Penyamun.
Belanjawan 2017  oleh  Menteri Keawangan.
Ini sebabnya kenapa saya terkejut bahawa ucapan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang berlanjutan selama hampir dua jam, langsung tidak berusaha untuk menolak penghinaan kelptokrasi global itu. Malah lebih mengejutkan, Najib bercakap tentang segala sesuatu, malah menjadikan ucapan belanjawan yang begitu serius menjadi ucapan provokatif ala Trump, tetapi langsung tidak menyebut walau sepatah pun mengenai komitmen negara membanteras rasuah.
Saya begitu terkejut bahawa sejak hari pertama daripada sidang Belanjawan 25 hari ini, Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dibenarkan bertanyakan soalan tentang saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) untuk menyita harta terkait 1MDB berjumlah lebih US$ 1 bilion di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland akibat kecurian dan pengubahan wang haram dana 1MDB sebanyak lebih US$ 3 bilion.
Ini sebabnya kenapa saya memboikot Sesi Soalan Menteri, yang diperkenalkan dalam sidang kali ini sebagai satu langkah penambahbaikan Parlimen bagi menjadikan Parlimen Malaysia lebih relevan – kerana bagaimana Parlimen Malaysia boleh mendakwa ia telah memajukan diri daripada menjadi Parlimen Dunia Ketiga menjadi Parlimen Dunia Pertama, apabila untuk tiga sesi soalan menteri dalam dua minggu pertama Parlimen kali ini, soalan saya kepada Perdana Menteri tentang apa langkah kerajaan untuk menafikan penghinaan terhadap negara sebagai kleptokrasi global telah ditolak oleh Speaker.
Mesejnya nampak jelas, bahawa boleh ada cakap-cakap tentang penambahbaikan dan transformasi selagimana isu pokok kleptokrasi dan pentadbiran yang tidak demokratik tidak ditangani. Ertinya reformasi parlimen hanya kulit, sedangkan intipati sebenar pentadbiran yang tidak demokratik tidak ditangani.
Saya katakan bahwa Parlimen Malaysia telah menjadi satu keaiban, kerana setelah dua minggu bersidang, ia tidak bersedia untuk melakukan apa-apa bagi membersihkan negara daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global.
Adakah sebarang cahaya di hujung jalan, bagi membersihkan negara daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global akibat skandal kewangan mega 1MDB pada skala global, saman sibil DOJ terhadap harta terkait 1MDB bernilai US$ 1 bilion di bawah KARI dan siasatan serta tindakan oleh pihak-pihak berkuasa di Switzerland, Singapura, Abu Dhabi, Australia, Luxembourg, Hong Kong dan United Kingdom terhadap skandal 1MDB?
Atau adakah tiada jalan untuk isu-isu integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam skandal mega 1MDB dibedah oleh Parlimen Malaysia bagi mendapatkan jawatan dan akauntabiliti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menterinya? Adakah jawapan-jawapan ini hanya mungkin didapatkan sekiranya berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan dalam Pilihanraya Umum ke-14?
Muhyiddin Yassin – Husni Hanadzlah – Shafie Apdal
Reaksi rasmi terhadap ucapan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Parlimen bertanyakan soalan tentang skandal mega 1MDB bukanlah sebab untuk kita mempercayai bahawa kerajaan UMNO/BN bersedia untuk membiarkan Parlimen menyiasat skandal 1MDB.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa teleh menolak mentah-mentah ucapan Husni dan berkata bahawa bekas Menteri Kewangan II itu langsung tidak mengatakan apa-apa perkara baharu dalam siri soalannya berkaitan skandal 1MDB.
Saya amat terkejut dengan komen Annuar kerana saya telah mengikuti kisah menyayat hati skandal 1MDB sejak sepanjang tujuh tahun lalu, dan setakat yang saya tahu, inilah kali pertama Husni telah meluahkan kebimbangannya tentang skandal kewangan mega global 1MDB di khalayak umum.
Amaran Husni bahawa Malaysia mungkin akan terus dihantui skandal 1MDB dan soalannya berkaitan masalah 1MDB yang berpunca daripada kehilangan US$ 4 bilion dalam Aabar (BVI), saman arbitrasi US$6.5 bilion dengan syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi serta pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kepada SRC bukanlah rahsia, walaupun baru pertama kali dibangkitkan oleh Husni dalam forum awam sebegini.
Adakah Annuar mencadangkan bahawa Husni telah memberi amaran sedemikian dan telah membangkitkan persoalan mengenai skandal 1MDB ketika berada dalam kerajaan atau UMNO sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan II?
Apa yang lebih mengejutkan ialah pendedahan Husni dalam ucapannya di Parlimen bahawa walaupun beliau merupakan menteri yang paling setia dan profesional, dengan KPI yang paling baik dalam kalangan menteri, beliau telah difitnah dan diserang oleh cybertrooper UMNO di media sosial, selepas beliau meninggalkan Kabinet.
Nasib yang sama turut menimpa bekas Timbalan Perdana Menteri serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Speaker Dewan
Saya juga amat terperanjat apabila Speaker, Tan Seri Pandikar Amin Mulia menyebut pada Khamis lalu bahawa bekas menteri Muhyiddin, Shafie dan Husni mungkin telah memungkiri sumpah simpan rahsia Kabinet ketika membahaskan Belanjawan 2017 di Parlimen.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menanggapi komen Pandikar ini kerana ia merendahkan persepsi umum dan imej integriti serta kebebasan Speaker daripada cabang Eksekutif apabila beliau mencadangkan bahawa tiga bekas menteri kabinet ini telah memungkiri ikrar simpan rahsia mereka dalam ucapan di Parlimen, dan lagi, beliau nampaknya turut mencadangkan kepada pihak Eksekutif dan juga terutamanya kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan terhadap tiga bekas menteri kabinet ini di bawah Akta Rahsia Rasmi atau apa-apa undang-undang laim untuk apa yang diandaikan sebagai kesalahan yang telah dilakukkan oleh bekas-bekas menteri ini dalam ucapan mereka di Parlimen.
Pandikar sebagai Speaker seharusnya sedar tentang kepentingan doktrin pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman, serta tanggungjawab khasnya sebagai Speaker Parlimen untuk membela kebebasan dan integriti Parlimen daripada diserap atau dilanggar oleh pihak Eksekutif.
Mana ada di dunia ini boleh kita temukan Speaker Parlimen yang mencadangkan kepada Eksekutif untuk mendakwa Ahli-ahli Parlimen yang merupakan bekas menteri kabinet lantaran ucapan mereka di Parlimen kerana melanggar sumpah rahsia Kabinet?
Muhyiddin, Shafie dan Husni semuanya dilindungi keistimewaan Parlimen untuk apa yang mereka sebutkan di Parlimen, kecuali dalam kes-kes spesifik membabitkan pelanggaran Akta Hasutan yang melibatkan empat isu sensitif seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan – yang langsung tidak dilakukan oleh ketiga-tiga orang itu.
Malah sebenarnya Speaker sepatutnya membela tiga bekas menteri ini atas apa yang mereka ucapkan di Parlimen sekiranya pihak Eksekutif mahu memulakan prosiding jenayah ke atas mereka, seperti yang pastinya akan secara tradisinya dilakukan oleh mana-mana Speaker di lain-lain Parlimen.
Kenapa Pandikar melanggar tradisi Parlimen dengan terus mencadangkan supaya Peguam Negara dan Ketua Polis Negara bertindak ke atas tiga bekas menteri kabinet ini? Malah sekiranya salah seorang mereka melanggar hak istimewa Parlimen, adalah menjadi tugas Speaker atau Timbalan Speaker untuk menghalang Ahli Parlimen tersebut daripada berbuat demikian. Jika tidak, kerusi Speaker lah yang akan bersalah kerana pengabaian tanggungjawab sekiranya tidak menghentikan seorang Ahli Parlimen daripada menyalahgunakan keistimewaan Parlimen.
Tidak sekali pun dalam tiga keadaan ini, Pengerusi memberhentikan mana-mana seorang bekas menteri daripada bercakap ekoran risiko melanggar keistimewaan Parlimen. Dan adalah memeranjatkan apabila Speaker pula yang beriya-iya mendakwa tiga bekas menteri ini mungkin telah melanggar undang-undang dalam ucapan mereka di Parlimen.
Ini adalah sesuatu yang sangat tidak patut dan suatu perilaku yang langsung tidak sesuai untuk Speaker Malaysia!
Telah dilaporkan bahawa Husni telah dipanggil oleh pihak polis lewat hari ini ekoran ucapan Parlimennya berkenaan skandal 1MDB, yang menjadi tajuk komen Speaker bahawa Husni telah melanggar undang-undang, yang kemudiannya membuatkan para juak-juak UMNO untuk membuat laporan polis terhadap Husni.
Husni wajar menarik perhatian pihak polis yang ditugaskan menyiasatnya kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, dan memberi amaran kepada pegawai polis itu bahawa ia mungkin bersalah menghina Parlimen dan boleh dihukum mengikut Klausa 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang melindungi Ahli-ahli Parlimen daripada halangan melibatkan tindakannya di dalam Dewan Rakyat, termasuk ucapannya ketika perbahasan Belanjawan, kecuali jika ia telah kehilangan keistimewaan itu di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Hasutan kerana mempersoalkan satu daripada empat isu sensitif, yang tidak terpakai dalam keadaan ini.
Polis Diraja Malaysia
Pihak polis pernah melancarkan siasatan ke atas saya ekoran apa yang saya ucapkan di Parlimen, yang tidak ada kaitan dengan mana-mana empat perkara sensitif yang menghilang keistimewaan Ahli Parlimen. Tetapi apabila saya maklumkan kepada pegawai polis yang datang berjumla dengan saya bahawa beliau sedang menghina Parlimen dengan menghalang seoran Ahli Parlimen daripada menjalankan tanggungjawbanya dan menarik perhatian beliau kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan memintanya supaya kembali meminta nasihat pegawai atasan dan Jabatan Peguam Negara, pegawai tersebut berundur dan tidak kembali lagi.
Sekiranya pihak polis menyiasat Husni untuk ucapannya di Parlimen disebabkan laporan polis ke atas tuduhan melanggar Akta Rahsia Rasmi, Parlimen harus bersidang menentang tindakan penghinaan oleh pihak polis demi memelihara hak dan keistimewaan Ahli Parlimen.
Dalam pertembungan antara Parlimen dan Polis dalam hal keistimewaan dan penghinaan terhadap Parlimen, Speaker mesti melepaskan haknya untuk duduk di kerusi Pengrusi dalam mana-mana prosiding Parlimen yang berlanjutan dariinya, kerana Speaker mungkin menjadi berat sebelah ekoran kenyataannya dalam sidang media Khamis lalu.
Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global?
Saya berada di Keningau Sabah pada hujung minggu lalu di mana saya merasmikan majlis pecah tanah untuk projek air Impian Sabah di daerah Bunga Raya Keningau.
Saya menerima dua kejutan.
Pertama, 20km dari Keningau, pekan kelima terbesar di Sabah yang selama empat dekad lalu telah menjadi kawasan pemimpin PBS, yang telah pernah menjadi Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri Sabah, ada kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih pada tahun 2016.
Kedua adalah fikiran tentang apa yang boleh dicapai untuk pedalaman Sabah sepanjang setengah abad yang lalu, sekiranya negeri tersebut mempunyai urustadbir yang baik berbanding ‘belalang-belalang politik’ sepanjang lima dekad lalu.
Projek air Keningau oleh Impian Sabah adalah projek air paling mahal setakat ini, memakan belanja RM250 ribu untuk membina sistem air graviti untuk membawa air bersih ke lima buah kampung, yang akan memberi manfaat kepada 300 buah rumah atau 1,500 orang.
Jika 60 peratus daripada RM3.3 bilion – atau sekitar RM2 bilion – yang diperuntukkan untuk projek infrastruktur air luar bandar tidak dicuri akibat rasuah dan kleptokrasi, ia boleh membiayai 8,000 projek seperti projek air Impian Sabah di Keningau, menyediakan sistem paip air graviti ke rumah-rumah di pedalaman bagi manfaat 12 juta orang, i.e. 8000 x 1500 orang (empat kali ganda populasi Sabah sekarang).
Tidak ada sebab langsung kenapa hampir setiap isirumah di pedalaman Sabah tidak dapat diberikan kemudahan air bersih, bukan sahaja pada 2016 tetapi sekitar dua puluh tahun lalu, sekiranya tidak terjadi rasuah dan kleptokrasi di negeri tersebut.
Skandal RM3.3 bilion Jabatan Air Sabah, di mana 60 peratus daripada peruntukan RM3.3 bilion daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk memperbaiki bekalan air bersih dan terawat di negeri itu, telah dicuri ke poket-poket peribadi beberapa orang perasuah, adalah contoh terbaru untuk menunjukkan bagaimana selama separuh abad, Sabah telah menjadi antara negeri paling miskin di Malaysia walaupun mempunyai kekayaan sumber asli.
Sabah dan Sarawak
Dalam masa separuh abad, Sabah telah menjadi negeri dengan jurang-jurang yang amat ketara – negeri termiskin, dengan keadaan sosio-ekonomi rakyat miskin yang lebih buruk daripada Kelantan, namun merupakan negeri paling kleptokratik dengan ahli politik paling kaya dalam negara.
Saya tertarik dengan kenyataan bakal presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili bahawa PBS akan berjuang untuk syarat-syarat yang terabai dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan PBS akan menaja usul bersama Sarawak untuk mengembalikan syarat-syarat yang hilang daripada perjanjian tersebut.
Apa yang menariknya ialah pemimpin PBS itu, yang merupakan seorang Menteri Kabinet Persekutuan, langsung tidak mampu menyenaraikan apakah syarat-syarat yang hilang daripada Perjanjian Malaysia 1963 itu, mahupun membahaskan perkara tersebut di Parlimen.
Selama lebih empat dekad, Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak telah diambil mudah oleh Kerajaan Persekutuan UMNO-BN, dilayan sebagai perca untuk mencukupkan bilangan bagi memastikan hegemoni UMNO berlanjutan dalam Kerajaan Persekutuan namun tidak sangat penting, memandangkan koalisi pemerintah itu sentiasa menang dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Lanskap politik dan persamaan elektoral telah ebrubah sejak pilihanraya umum ke-12 pada thaun 2008, apabila koalisi persekutuan UMNO-BN kehilangan dua pertiga majoriti buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.
Namun 57 kerusi di Sabah dan Sarawak menjadi begitu penting hanya pada PRU ke13 pada 2013 apabila 47 Ahli Parlimen BN menyelamatkan UMNO-BN dengan tidak berpihak kepada pembangkang.
Ini kerana koalisi UMNO-BN hanya menang 86 kerusi Parlimen di Semenanjung, tidak mencukupi untuk membentuk majoriti mudah daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan di Putrajaya.
Hanya dengan 47 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO-BN di Sabah dan Sarawak maka Datuk Seri Najib Razak dapat terus menjadi Perdana Menteri dengan 133 kerusi, walaupun sebagai Perdana Menteri minoriti pertama di Malaysia, memandangkan koalisi UMNO-BN hanya memenangi 47% undi popular daripada jumlah populasi yang keluar mengundi.
47 Ahli Parlimen BN daripada Sabah dan Sarawak adalah justeru merupakan ‘kingmakers’ kepada kerajaan persekutuan UMNO-BN selepas PRU ke 13, namun malangnya mereka setakat ini telah gagal untuk menggunakan pengaruh, peranan dan input terhadap halatuju dasar negara dan pembangunan.
Tanpa sokongan 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak, Kerajaan Persekutuan Najib di Putrajaya akan gagal dan runtuh.
Seruan kepada ahli parlimen BN
Saya menyeru 47 Ahli Parlimen BN ini untuk memainkan peranan mereka sebagai ‘kingmakers’ kerajaan Najib dengan melaksanakan tiga tanggungjawab penting bagi mempertahankan asas sekular pembinaan negara Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 serta menyelamatkan Malaysia daripada nasib malang sebuah kleptokrasi global.
Pertama, 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak harus menyatakan dengan jelas kepada Najib bahawa mereka akan menarikbalik sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan, lantas menyebabkan ia runtuh, sekiranya Najib tidak bersedia untuk memberi jaminan bahawa konsensus BN yang negara Islam dan undang-undang hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan serta tidak sesuai untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia, dikekalkan. Ini bermakna komitmen jelas bahawa Kerajaan Persekutuan BN tidak akan menyokong Rang Undang-undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud.
Kedua, 47 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ini mesti mendesak supaya Kerajaan Persekutuan Najib mengambil semua langkah perlu untuk megembalikan autonomi penuh kepada Sabah dan Sarawak, sesuai dengan semangat Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Inter-Government dan Perjanjian Malaysia 1963.
Ketiga, 47 Ahli Parlimen BN ini mesti memberi mesej jelas kepada Najib bahawa penghinaan terhadap Malaysia sebagai sebuah kleptokrasi global – negara yang ditadbir pencuri dan penyamun – mesti disangkal dan dijawab, atau dibersih, supaya rakyat Malaysia tidak menanggung malu, dan boleh berasa bangga sebagai rakyat Malaysia apabila mereka merantau dan melancong ke luar negara, dan tidak dilihat sebagai rakyat yang datang dari negara yang ditadbir perompak dan pencuri.
47 orang Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak harus menyatakan dengan jelas kepada Najib bahawa tiga tuntutan ini tidak boleh dikompromi, kerana ia berkaitan asas, integriti dan nama baik Malaysia, serta pembinaan negara Malaysia, dan sekiranya Perdana Menteri dan Kabinetnya tidak komited kepada tiga perkara ini, 47 Ahli Parlimen BN ini mesti menarikbalik sokongan mereka kepada kerajaan Najib, demi kepentingan negara.
Adakah 47 orang Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak ini, yang telah diletakkan sebagai ‘kingmaker’ bersejarah di persimpangan penting sejarah Malaysia, akan dapat melaksanakan tugas kepada negara, yang pastinya akan membawa kesan besar dan panjang kepada generasi Malaysia.

 Bukti Dokumen Jutaan Wang Masuk Ke Dalam Akaun Bank Najib..Sebarkan




“Kenyataan bank yang diterima oleh Sarawak Report menunjukkan sekurang-kurangnya 5 transaksi deposit tunai ke dalam dua akaun bank AmBank milik Najib di Kuala Lumpur berjumlah RM3.4 juta di antara 2 Febuari dan 3 Mac 2015. Jumlah keseluruhan mewakili 34 kali ganda gaji rasminya RM100,000 sebulan,” tulis Sarawak Report di halaman facebook.

Dokumen itu memaparkan nombor akaun 2112022011880 dan 2112022011906 dengan penama Dato’ Seri Mohd Najib.

Jika dakwaan ini benar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM perlu menjalankan tanggung jawab menyiasat dari manakah sumber wang tersebut diperolehi oleh Najib kerana ia jauh melebihi pendapatan seorang perdana menteri.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

“Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat,” katanya. 

THANK YOU

Wednesday, March 18, 2015

REUNION VETERAN TUDM (TADBIR)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Semuanya ketentuan Allah S.W.T.  Ajal, maut, rezeki dan jodoh                        ketentuanNya. Alhamdulillah kebanyakan kami masih dipanjang usia dan diberi kesihatan yang sempurna. 
Berkat usaha seorang sahabat dengan bantuan teknologi komunikasi canggih bermula daripada 5-6 orang kini group watshap kami telah mencecah sehingga ratusan kekawan.  Itu pun dalam masa yang sama, masih ada yang sensitif dengan gurauan kekawan dan sanggup meninggalkan group gara-gara politik sempit yang mereka anuti. Tidak kisah itu semua asam garam dalam kehidupan berkumpulan.  Mereka mempunyai idealoji tersendiri yang perlu  kita  semua   hormati.  
Natijahnya tiada siapa yang untung dan tiada siapa yang rugi. Tapi apa yang perlu, tinggalkan yang lama dan ambil yang baru. Tanggalkan pakaian seragam, tanggalkan balak dibahu. Buang singa ditangan dan robakkan cangkok dilengan. Nyahkan pingat didada dan rendahkan suara. Tunduk kebawah, hilangkan taraf dan kedudukan dan hiduplah sebagai pesara dengan sisa-sisa umur senja yang diberkati Allah. Buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Lupakan suka duka dan tumpukan kepada Amal dan Ibadat sebagai bekal diakhirat nanti.  Sesungguhnya diantara mereka yang beriman adalah hamba-hambanya yang soleh disisi PenciptaNya (Allah).  
Sentiasa DiAngkasa Raya lagu kebanggaan Kami Veteran TUDM (Tadbir)
Cerita 21 tahun lampau dan sesetengahnya mungkin lebih daripada masa 21 tahun. Banyak kenangan silam jika dibandingkan pengalaman pahit dalam perkhidmatan dimana negara dikala itu berdepan dengan tentangan dan rintangan. Kini segalanya aman damai  "Bak kata seorang macai tegar", Malaysia masih aman dalam kemelut politaik yang amat menjijikan.  Tetapi  "ada kami kisah".  Lantaklah.  Bagi kami telah banyak darah, nanah, peluh dan  keringat telah kami tumpahkan untuk Mu  NegaraKu
Kenali mereka Reunion X Tadbir TUDM 14 Mar 2015
Tuan Hj Soteto, Jamaluddin, Mohd Taib dan Mohd Rus.
tercinta.  Tapi lihatlah keamanan yang kami ciptakan telah dinoda dengan pelbagai oleh politaik yang rakus atas nama pembangunan. Pembangunan yang sebenarnya adalah kerana poket-poket sendiri, kerana perut-perut mereka sendiri, kerana kroni-kroni sendiri. Apa yang kami dapat hanya sebutir PJM yang tidak mendatangkan manfaat apa-apa. Diharapkan sekangkang kera tapak rumah, hanya tinggal janji pilihanraya. Diharapkan sebidang tanah untuk   pertanian,    janji   tinggal
janji.  5 tahun sekali dijaja sana dan sini dengan air liur, apabila menang janji ditelanjangi. Tinggallah veteran dengan penuh harapan.  Harapan yang masih mengharapkan sesuatu. Janji yang pudar tetapi dengan pudaran itu ramai veteran yang telah sedar dan mereka kini bertekad mengalih mata pena daripada sekutu lama kepada sekutu baru.  Reformasi.  Satu perkataan yang amat jijik oleh penguasa tegar tetapi kami Veteran tidak akan berpaling kembali kezaman 21 tahun lampau.          Veteran           wajib  
melangkah sejajar langkahan kami dalam menghadapi musuh negara dizaman kesukaran. Veteran masih mengenal pemetik picu, masih boleh menenang dengan sebelah mata yang baik dan masih gagah untuk menghemburkan 5.56mm kesasaran.
Veteran didodoi dengan berbagai olahan cogankata.  Itu dan ini. Akhirnya ramai yang meninggal dengan mulut terlopong kerana masih setia menunggu simpati.  Pada yang bernasib baik disuapkan dengan sebiji PJM, maka lenalah dalam buaian yang enak.  Sedar-sedar rupanya mereka tidur digua Al-Kahfi.
Tuan Hj Mohd Sattar, Jais Razali dan Mohd Yusof
Berbalik kepada namanya pembangunan.  Ratusan hektar tanah dan bangunan tergadai kepada 1MDB.  Tiada ada lagi nostalgia bagi TUDM.  Tempat lahirnya 60 tahun dulu dilembah Kuala Lumpur bakal dimusnahkan.  Tiada satu pun pesawat yang berani menyerang 1MDB  kerana semua radarnya dimatikan oleh pesawat  jemmar MH370.
TUDM Kinrara sebuah pengkalan melatih "interlek" bagi veteran satu ketika dulu, kini hampir tinggal nama dibedak untuk pembangunan.  Meleleh air liur veteran melihat pembangunan disekeliling namun tidak sampai tangan untuk menjangkau kalau hanya setakat pencen yang ada.  Maka bermaharaja lelalah pembangunan dan tinggallah dikau veteran dengan mata putih dan mulut ternganga.
Tuan Hj Mohd Tahril, Mohd Jais dan Abd Rahman Jabar
Kini TUDM Butterworth pula menunggu masa dan giliran untuk dilapah dan dibedak pembangunan. Berterbanganlah pesawat tempur mencari landasan pendaratan, mungkin akhirnya  mereka kesempadan Thailand. Pembangunan mengatasi keselamatan.  Apakah mereka-mereka kisah.  Ketika itu veteran tidak boleh bersuara lagi kecuali suara-suara mereka didengar oleh cacing.
Bukan setakat pengkalan-pengkalan TUDM.  Keghairahan mereka tidak terhad malah Kem Majidi juga telah bertukar tangan.  Entah besok entah lusa, mana lagi tanah perwira akan digadai demi menrealisasikan sebuah pembangunan.  
Tuan Haji Razlan, Wahid, Yusof dan Mohd Yunus
Banyak dari kalangan kekawan kami masih ada lagi dalam mimpi pagi antara sedar dan tidak kerana nyanyok. Walaupun rambut dikepala bak lalang kering ditanah yang lapang tetapi masih tidak boleh berfikir secara waras.  Mungkin difahami bahawa rambut yang putih itu seolah-olah baru hendak tumbuh dan akan kembali segar.  Walhal kami semua sudah hampir ketepian kubur menanti panggilan terahir "last post".
Berbalik kepada diri kami, kami semua telah tua dimamah usia.
Setiap tahun reunion diadakan tetapi bukan semua berkelapangan untuk menghadirkan diri.  Ada yang telah pergi, ada yang keuzuran, ada yang dihimpit permasaalahan dan sebagainya.  Walau bagaimanapun atas usaha segelintir kekawan yang prihatin, hari ini tarikh keramat 14hb Mac 2015 sekali lagi dengan Taufik dan InayahNya kami dipertemukan semula.  Berbagai ragam, berbagai kisah lama diceritakan dengan penoh minat dan gelak ketawa.  Sindir mengindir, kata mengata semuanya cerita gembira yang dibuka daripada nostalgia semasa perkhidmatan.  Begitu ceria sekali seolah-olah kecerian semalam tidak berahir sungguhpun telah puluhan tahun dalam kenangan. 
Tuan Hj Mohd Shafie, isteri dan rakan-rakan
Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah yang menentukan rezeki masing-masing.  Ada yang dulunya berjawatan kini tidak kemana.  Ada yang dulunya orang suruhan kini sebaliknya. Ada yang dahulunya hanya mampu dengan motosikal kini dengan Mercerdes Benz atau BMW atau sebagainya. Sebaliknya ada yang dulunya sombong dengan pangkat dan kedudukan kini masih dengan proton lamanya.  Tetapi dalam semua yang kami ada, nikmat kesihatan yang dianugerahkan Allah kepada kami semua, tiada nilai bandingnya.  
Tuan Hj Jahidin bersama Tuan Hj Abdullah Lembek
Kesyukuran yang teramat sangat kepada Allah Maha Pencipta  dan  Maha Agung, kalau dulunya  kami setakat mengenali tangga Masjid seminggu sekali kini semua telah pun bergelaran paling mulia. "Tuan Haji".  Ramai yang telah bergelar Haji dan sesetengahnya telah berada didepan jemaah di kariah masing-masing.  Kepala yang semakin tidak serasi ditumbuhi rambut kini ditutup kemas dengan kopiah putih yang bersih. Alhamdulillah kami amat bersyukur kepadaMu Ya Allah. Mohon kami diteguhkan iman kepada Islam dan dimatikan kami dalam Islam  Ya Allah,  berikanlah kami kebaikan didunia dan kebahagian di Akhirat.  Amin.
Tuan Hj Jahidin, Abu Seman, Shamsuddin dan Mohd Fitri
Bak kerana usia yang lanjut dengan perubahan pada wajah, kepala yang licin, warna rambut yang putih dan pagar yang telah gugur, mata yang telah kabur, kami sekadar dapat berdakap mesra semasa bersalam sambil berbisik memperkenalkan diri.  Ada diantara kami yang dikenali dengan nama sebenar malah ada juga hanya dikenali dengan nama popular atau nama gelaran/samaran. Masyaallah sebenarnya kami dahulu dalam alam sepak terajang dan kini semua menjadi kenangan dan nastoljia.  ZBA kenang mereka dan kekadang menitiskan air mata kegembiraan.  Bukan saja ZBA malah keseluruhan kami boleh dikatakan begitu.  Tiada siapa mengambil hati kerana semua deria ingatan telah berpindah kepada cara hidup masing-masing selepas berstatus pesara sejak sekian lama.
Pengerusi Penganjur Tuan Hj Abd Rahman dengan gaya tersendiri
Banyak kisah-kisah lama terbongkar.  Semuanya menjadi bahan ketawa sepanjang malam. Itulah sebuah kehidupan.  Kehidupan dari alam remaja kepada alam tua yang menjajanjikan sejarah dalam kehidupan sesaorang yang bergelar Insan.
Malam terlampau pendek untuk merangkumi semua yang kami temui.  Maaf tidak dapat bermesra dengan kekawan tetapi berasa puas walaupun sekadar memberi salam. Rupa-rupanya pertemuan kami telah melangkah kehari yang lain. Kami semua akur kerana itu adalah perubahan waktu bersama perubahan umur.  Panjang umur sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan.  Insyaallah.
Tuan Hj Hassan Idon,  Ahmad Lebai, Nordin, Soteto dan Helmi.
Selamat Hari Lahir buat tuan-tuan semua.
Sekalung budi dan tahniah serta syabas kepada kekawan yang bersusah payah menjayakan pertemuan ini. Budi mu dikenang dan jangan lupa pertemuan dialam maya washaap bagi memperkukuhkan siratulrahim kita agar berpanjangan.  

Salam dari ZBA dan keluarga semuga dipanjangkan usia, ditahun-tahun berikutnya kita bertemu lagi.  Insyallah.


Kenangan 14 March 2015 Ex TUDM (Tadbir)
SENTIASA DIANGKASA RAYA


Thursday, March 12, 2015

WEST COST SABAH OVERLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Sebelum ini ZBA terbang sana dan terbang sini. Ronda-ronda cari pengalaman dan lihat Sabah dari bandar ke bandar secara dekat. Hari ini terasa pula nak melihat lancskap sebenar bumi Sabah. Walhal dari cerita media politaik, dijunjung setinggi langit kononya negeri dibawah bayu ini ada segala-galanya.  Tapi kini ZBA ingatkan bahawasanya cakap siang pandang-pandang dan cakap malam intai-intai.  
Bermula daripada KK menuju Tamparuli melalui Jalan Tuaran. Ketara sedikit sebanyak telah ada pembangunan dikiri kanan jalan. Tetapi masih ada yang miskin dan memerlukan bantuan.  Sedih apabila mengenangkan 58 tahun merdeka dan 52 tahun berada dalam negara 1M.  Tidak banyak perubahan yang dilakukan cuma sekadar menutup mata yang sengaja dibutakan.  Raayat dibohongi dengan air liur pemimpin.  Pemimpin datang dan pergi.  Pergi membawa bersama kekayaan masing-masing.  Tinggalah si dodoi yang masih berumah tiangkan bakau dilembah-lembah berair yang serba dhaif.
Keseluruhan jalan raya di Sabah adalah dalam kelas 3rd Class road.  Semakin kita kependalaman semakin ketara standard jalanraya yang mereka miliki.  Daripada KK melalui Jalan Tuaran kearah Tamparuli.  Jalanraya sebelah dua lorong  yang landai dan lurus. Pemandu campion daripada 1M harus berhati-hati memandu di Sabah.  Pemandu Sabah tidak pandai tetapi terlebih tertib.  Mereka sesuka hati sahaja jika ingin membelok kekiri atau kekanan.  Sememangnya Toyoya Jepun, Proton 1M, Perodua 1M dan pelbagai kenderaan didatangkan bersama dengan lampu isyarat (signal).  Malangnya pemandu di Sabah tidak pandai menggunakanya.  Mereka akan membelok sesuka hati kemana mahu pergi.  Namun demikian tahap kemalangan jalanraya mereka tidak sehebat pemandu-pemandu F1 di Semenanjung.

PAGE UNDER CONSTRUCTION
THANK YOU


Tuesday, March 10, 2015

SABAH STATE RAILWAY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Sebelum kita naik keretapi dan berjalan jauh, elok ZBA ambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit pengalaman dengan "Airport Train" atau lebih dikenali dengan nama ERL.
Ini bukan nak mempertikai tentang ERL tetapi bagaimana nak travel dengan mudah daripada KL Central ke KLIA1 dan KLIA2 dengan cara murah bagi warga-warga kurang berkemampuan macam kita demi menjimatkan wang dan masa.  
Kepada  pembaca  yang  mampu mungkin memandang remeh dan mereka boleh menggunakan perkhidmatan ERL Ekspress dan sampai di Lapangan terbang dengan beg tarik dan jacket 1M terpampang didada.  Tapi kalau standard ZBA, bolehlah transit setengah jam di Putrajaya atau Salak Tinggi.  Ambil angin dan santai dikedai mamak conner Putrajaya.  
Bersusah payah sedikit turun naik ERL tetapi penjimatan yang dilakukan membolehkan pembaca makan tenghari di MZ Restoran di KLIA2.  Atau makan tengahari/petang di Putrajaya dan mengelakan diri daripada makan di KLIA2 yang sememangnya mencekik darah.
Sekarang ZBA tidak lagi bersusah payah menaiki bus tersangkut sana sini dalam kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan KL Central pada waktu petang. Caranya mudah, praktikal dan menjimatkan. Walaupun transit tetapi kita tidak perlu berdiri khususnya diluar waktu puncak kerana ERL mengadakan perkhidmatan setiap 30 minit dengan kapasiti kerusi yang banyak tetapi kekurangan jumlah penumpang.  
Apa yang perlu pembaca buat ialah dengan membeli tiket daripada KL Central ke Putrajaya dengan harga cuma RM9.50.  Turun dan exit kemudian beli tiket semula. Tunggu selama 30 minit dan teruskan perjalanan.  Putrajaya ke KLIA1 dan KLIA2 cuma RM6.20.  Jumlah satu hala perjalanan ialah RM 15.70.  Bayangkan pembaca telah berjimat sebanyak RM19.30 daripada RM35.00 sehala dengan menggunakan ERL Ekspress atau pun ERL Transit.  Jika dikira perjalanan pulang/pergi, penjimatanya ialah sebanyak RM38.60.  Satu jumlah penjimatan yang banyak bagi seorang backpacker tegar. Contoh kedua :
KLIA2 ke Salak Tinggi.  Tiket berharga RM3.20.  Salak Tinggi ke KL Central RM12.50. Jumlah RM15.70.  Jumlah penjimatan adalah sama.  Oleh yang demikian kenapa harus membuang duit sedangkan ada alternatif dan perkhidmatan yang disediakan adalah sama. Cuma kita hanya sedikit membuang masa sekitar satu jam jika menggunakan perkhidmtan ERL bagi dua hala perjalanan.
Dibandingkan dengan bas, tidak dinafikan perkhidmatan bas lebih murah tetapi ketepatan masa dan keselesaan lebih kepada ERL.  ZBA sekadar berkongsi pengalaman tetapi pilihan masing-masing adalah ditangan pengguna.  Bagi  "orang umur pendek", kami diberi potongan 30% lagi.  Mungkin sebagai mengenang budi atas sumbangan yang telah diberikan atau kami jarang-jarang sekali menggunakan perkhidmatan ERL.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Sabah mempunyai rangkaian pengangkutan keretapi. Sebenarnya ia telah ujud sejak beberapa lama dahulu. Sejak 3 tahun kebelakangan, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah dinaiktaraf dengan pembaikan landasan dan pembinaan stesen-stesen baru disamping penggantian koc-koc baru yang teknologinya didatangkan daripada China.   
Semasa temubual ZBA dengan kakitangan JKNS, dimaklumkan bahawa koc-koc yang dikatakan baru itu, walaupun plastiknya dibuka ketika sampai di Sabah tetapi hakikatnya adalah koc-koc terpakai yang dibeli daripada Negera China.  
Era baru Train Keretapi Tanah Melayu 2015
Koc terbaru Keretapi Negeri Sabah 
Kelajuan maksima train ini ialah 120 kmj. Peringkat awal mereka mempunyai masalah teknikal ketika  pelancaran walaupun dengan kelajuan 70 kmj.  Dihari pertama pelancaran, ZBA berkesempatan menaiki daripada Stesen Tanjung Aru ke Beaufort. Perjalanan mengambil masa 3j dan sekali menghadapi maslah teknikal apabila sampai di Stesen Kimanis.  Train tetiba berhenti dan alat penghawa dingin tidak berfungsi sehinggalah ke Stesen terahir Beaufort. Riuh rendah penumpang berbicara memberi komen masing-masing.

Pemandangan diatas ialah Stesen Beaufort, dikiri keadaan dalam train dan kanan lokomotif yang digunakan sebelumnya.
Dibawah ialah peta menunjukankan nama-nama Stesen perhentian Keretapi Negeri Sabah.  Dimaklumkan 3 tahun lepas,  train baru ini hanya beroperasi diantara Stesen Tanjung Aru ke Stesen Beaufort sahaja.  Sementara daripada Stesen Beaufort ke perhentian terahir Tenom masih menggunakan train versi lama.

Difahamkan bahawa dewasa ini para pembaca boleh menggunakan perkhidmatan keretapi daripada  Tanjung  Aru terus    menuju       Tenom    tetapi harus     bertukar    di          Stesen Beaufort.                  Perkhidmatan berjadual           sedia    ada    tidak memungkinkan    untuk pulang ke Tanjung Aru pada   hari   yang sama.   Pembaca   harus     sehari   bermalam di Tenom   dan meneruskan perjalanan Tanjung Aru    pada     keesokan    harinya .
Pemandangan sepanjang perjalanan keretapi Sabah daripada Tanjung Aru ke Beaufort pada lazimnya tidak banyak perubahan daripada keretapi di Semenanjung. Melaui kawasan-kawasan perumahan, hutan, bukit bukau,  paya dan tanah pamah.  Kawasan menghijau tanaman getah, kelapa sawit dan sawah padi.  Pembaca dengan jelas juga dapat melihat bagaimana  penduduk setempat menghadapi kehidupan harian mereka.  




Tidak ketinggalan ZBA nyatakan bahawa etika kita dari dahulu sehingga sekarang tidak berubah. Apa yang ada di Semenanjung juga ada di Sabah. Kebanyakan rumah-rumah penduduk yang terletak berhampiran dengan landasan keretapi membelakangkan rumah mereka kearah landasan.  Kita dapat lihat sikap buruk, pengotor, dengan sampah sarap dan sebagainya sebagai hidangan kepada mata pelancung asing.  Amat menjijikan.  Kurang adap dan dilihat seolah-olah tidak bertamadun.
Pengahir kata, jika ada diantara pembaca yang meminati alam kehijauan dijalanan, adalah tidak keterlaluan agar  sekali mengambil kesempatan mencuba laluan ini.


KOTA KINABALU TO TENOM TRAIN OVERLAND