Assalamualaikum,
Negeri dibawah bayu. Itulah nama manja bagi Sabah. Negeri tertegaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Sabah sebuah negeri yang berpotensi menarik jutaan pelancung setahun tetapi agak malang psarana yang disediakan tidak banyak menepati kehendak pelancung. Kurang dipromosikan sedangkan Sabah berpontensi membawa masuk jutaan RM setahun dari keindahan dan kecantikan serta keaslian negeri tersebut.
Mungkin komen ZBA agak keterlauan, pedas dan mungkin tidak disenangi ramai. Tetapi itu adalah hakikat dimana bumi bertuah ini ZBA telah menjejaki sejak dari seawal tahun 1974 dan sehinggalah sekarang. Kebelakangan ini setiap 3 bulan ZBA akan berada di KK dan melihat dengan mata kepala sendiri apa yang terdapat di KK jika dibandingkan sejak tahun 1974. Malang bagi raayat Sabah. Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber alam tetapi miskin daripada pandangan mata yang memandang. Pemimpin saling silih berganti tetapi mereka datang dengan air lior dan mereka pergi dengan pangkat, darjat dan kekayaan.
Contoh. Pembesaran jalanraya daripada Lapangan Terbang KK Terminal 1 ke Lok Kawi. Jalan tersebut ZBA lihat telah masuk dua kali pilihanraya negeri dan juga parlimen tetapi sampai sekarang masih terbengkalai dan kemungkinan menanti pertukaran kerajaan pusat. Maaf jangan tanya saya kenapa, tetapi tanyanya penduduk setempat siapa yang mereka pilih dan untuk apa mereka dipilih. Sekadar renungan dan mungkin juga rintihan mewakili raayat Sabah.
Mengalih pandangan daripada Gunung Kinabalu yang menjadi kepastian kepada sesiapa yang mengunjungi Sabah, ZBA membawa kepada kawasan riadah pantai yang wajar dikunjungi khususnya ketika berada di Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah. Satu topik yang agak berbeza dan sesungguhnya amat menenangkan fikiran apabila melihat kecantikan pantai di negara sendiri. Sebagaimana maklum Kota Kinabalu juga mempunyai pantai-pantai yang menarik untuk dikunjungi.
Tuanku Abdul Rahman Park. Sebuah taman marin yang cantik untuk dilawati. Merangkumi Pulau Gaya , Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Banyak package disediakan untuk pembaca melawati pulau-pulau tersebut yang disediakan bermula daripada Jesselton Jetty yang terletak berhampiran Pejabat Kastam DiRaja Sabah. Perkhidmatan bermula seawal pagi dari jam 0700am - 5.00pm dengan bayaran RM 53.00 untuk package 4 buah pulau. Ini tidak termasuk cukai terminal RM7.20 dan bayaran masuk kepulau RM 1.00 seorang. Perkhidmatan dengan bot-bot laju mengambil masa 15-20M untuk perhentian pertama.
Package Santai. Beroperasi secara kumpulan dengan beberapa buah boat laju. Lokasi ialah di Waterfront KK berhadapan dengan Komplex Suria Sabah dan Sabah Park Jetty. Disini harga boleh ditawar menawar dan persetujuan package bergantung kepada kemahuan pembaca. Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan package-package yang ditawarkan daripada Jetty Jesselton. Walau bagaimanapun ZBA nasihatkan memilih package yang mempunyai lesen dan perlindungan insurance yang sah memandangkan bahaya gelombang dilaut yang tidak menentu.

Lokasinya mendamaikan. Terdapat resort dan hotel-hotel sebagai tempat untuk beristirehat. Sesuai untuk pasangan berbulan madu juga keluarga. Jauh daripada kesibukan kota dan seolah-olah pembaca dikawasan perkampungan.
Pemandangan Pantai Beringgis dan persekitarannya.
Pantai Beringgis dan pemandangan. |


![]() |
Banglo & Apartment di Karambunai Beach |
Selain daripada yang ZBA senaraikan, terdapat banyak lagi pantai-pantai yang menarik untuk dikunjungi. Kebanyakanya merupakan pantai-pantai peranginan yang dimiliki secara persendirian dengan kelengkapan hotel penginapan bertaraf antarabangsa.
Jauh di Kudat juga terdapat pusat riadah pantai yang cantik. Dikenali sebagai Pulau Mantanani. Para peminat snorkeling dan Island horping akan meninggalkan seribu kenangan selepas mengenali Mantanani Island yang sebenar. Selamat berkunjung.
SABAH BLUE SKY WITH BEAUTIFUL BEACH
No comments:
Post a Comment