Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum,
Hari ini 26hb November 2014, melakar sejarah baru dimana inilah kali pertama selepas 33 tahun ZBA menjejaki semula ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz atau dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Kali terahir ZBA meninggalkan lapangan terbang ini ialah pada tahun 1981 menuju Australia dan kembali semula pada tahun 1982.
Walau bagaimana pun kini tiada lagi terminal satu tetapi digantikan dengan nama SkyPark Terminal yang khusus digunakan untuk penerbangan pesawat Turbo prop syarikat penerbangan Fire Fly dan Malindo Air. Disamping itu lapangan ini juga dikongsi landasan untuk penerbangan pesawat-pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia yang berpengkalan di TUDM Subang.
Keujudan LTSAAS sejak sekian lama tetapi tiada banyak usaha dilakukan untuk memperbaiki dan menaiktaraf bagi kemudahan awam. Sepatutnya semua lapangan terbang disambungkan dengan segala kemudahan transpotasi terkini bagi memudahkan penumpang berulang alik daripada pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan harga yang berpatutan.
Buat masa kini hanya dua pengangkutan bas disediakan untuk penumpang berulang alik. Satunya dengan bus MyRapid U 81 bermula daripada Pasar Seni ke Kampung Subang dan sebaliknya. Kedua ialah KL City Airport Shuttle Bus daripada Pudu Central (Bersebelahan bangunan Cahaya Suria) ke Terminal SkyPark dan ulang alik setiap satu jam sekali dengan tambang RM 9.30 sehala. Dari Terminal SkyPark bermula jam 0800am dan dari Pudu Central bermula jam 0900am sehinggalah jam 1100pm setiap hari.
|
Lapangan Terbang SAH Alor Star |
Hari ini ZBA akan terbang ke Alor Star dan buat pertama kali menggunakan perkhidmatan Malindo Air sejak beroperasi di Malaysia dengan menggunakan pesawat ATR. Kali terahir ZBA menggunakan pesawat jenis ini ialah semasa penerbangan daripada Maumere, Flores ke Kupang, Nusa Tenggara Barat dengan penerbangan Wing Air. Pesawat ini adalah sekelas denganya dan merupakan pesawat commersial yang terkini untuk penerbangan jarak dekat. Canggih dan selesa walaupun pesawat ATR ini berkipas dan agak kecil jika dibandingkan dengan pesawat jenis jet yang terkenal untuk penerbangan jarak sederhana.
|
Disinilah ZBA semasa di Tingkatan 5 SMKP |
Jam 9.50 pagi pesawat ini menerjah udara. Cuaca panas dan cerah. Kapasiti penumpang 85% penuh. Terbang diparas sederhana. Bumi kelihatan luas terbentang dengan sungai bersimpang sior. Kawasan pertanian terhampar rata bagaikan permaidani. Sungguh menyasyikan jika dilihat dari udara. Lenggang lengguk pramugari dengan menyediakan sebungkus roti kering dan sedikit minuman ditambah senyum mesra secara tidak sedar kami akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alot Star sebentar lagi. Penerbangan ini cuma mengambil masa 1J20M dari LTSAAS.
|
ZBA (3 berdiri belakang kanan) semasa di Tingkatan 5 SMKP 1972 |
Sejak tahun 1994 inilah pertama kali ZBA menjejaki kaki semula ke LTSAAS. Satu masa yang lama dan kepulangan pada kali ini juga merupakan kepulangan menjejaki kekawan SMKP yang telah berpisah selama 42 tahun. Alumnai bekas-bekas pelajar SMKP 1996-1976 bersama-sama guru-guru yang telah mendidik kami entinya peri mustahaknya pelajaran. Bagai satu metos yang tidak pernah terlintas dibenak kami bahawa selepas berpisah sekian lama membawa haluan kehidupan masing-masing, akan dipertemukan semula dalam satu Majlis Notalgia yang penuh bermakna.
|
Bangunan asal SMKP kini masih kekal. |
Pertemuan penuh bersejarah ini diadakan pada 29hb November 2014 di dewan asrama Sekolah Menengah Kubur Panjang. Dihadiri oleh semua bekas guru-guru kami kecuali 2 daripada mereka yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah. Manakala para murid pula hampir 150 orang yang datang daripada seluruh Malaysia. Tahniah ZBA ucapkan kepada bekas Guru Besar kami yang bertongkat tetapi dengan semangat keguruan yang tinggi beliau sudi menghadirkan diri walaupun selepas 3 jam majlis berlangsung.
Majlis berlangsung seawal jam 0830am. Penuh bermakna. Wajah-wajah yang dahulunya ceria dan tampan kini telah luntur kerana dimamah usia. Dahi masing-masing jelas kelihatan terang dan rambut telah berubah menjadi putih. Mungkin juga dek memerah otak demi sesuap nasi selama puluhan tahun. Jika dulu dengan rambut beremos kini ditutup dengan kopiah putih. Dahulunya, jalannya segak dan kemas kini ada yang tempang dan tidak secergas dulu.
Dimeja makan sudah ada yang sukar mengungah dek kerana ketiadaan gigi yang telah gugur. Suara mulai bergema kerana pagar telah banyak yang roboh. Ramai juga yang melihat secara mengendap kerana mata masing-masing telah rabun. Malah banyak juga yang dibantu dengan cermin mata. Usia masing-masing telah mencecah 58 tahun keatas. Usia senja dengan umur subsidi. Majoriti telah bersara sama ada dari perkhidmatan kerajaan juga swasta. Ada yang bergelaran, berpangkat tinggi, pekerja, pesawah dan peladang.
Ada yang mempunyai dua dan lebih teman (Isteri-isteri) dan ada yang solo bergelar janda kerana kematian suami. Usah disoal tentang anak-anak kerana anak-anak telah berada diposisi dimana kami berada dahulu. Telah mempunyai tanggungjawab masing-masing kepada keluarga dan dalam perkhidmatan. Cara terhormat ialah bertanyakan berapa cucu sekarang. Alhamdulillah, dua adalah jawapan yang sinonim dengan jangkamasa yang begitu lama. Tapi tidak kedengaran pula cerita tentang duda.
|
Barisan Guru-guru ditengah dan murid-murid SMKP |
Mungkin mereka-mereka ini mengambil keadaan tunggu dan lihat atau malas untuk bercerita atau bak kerana usia, lebih baik tidak dibincangkan lagi. Lebih selisa dan senang bersama anak-anak yang membesar dan cucu-cucu yang comel sebagai hiburan dihari tua.
Yang buta datang bertongkat, yang dhaif dipimpin teman-teman. Hasrat dihati untuk bertemu guru dan rakan taulan. 42 tahun telah mengubah segalanya. Boleh dikatakan tiada ada lagi yang serupa. Kecuali suara dan tingkah laku. Itu adalah kekawan kita yang sudi bertemu di "Re Union SMKP" pada 29 November 2014 yang lalu. Kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan ditarikh tersebut, Insyaallah jika diizinkan Allah ditahun hadapan satu lagi acara yang sama akan diadakan.
Sambil tangan berjabat mesra dan dakapan siratulrahim mengiringi pertemuan kami kali ini. Ada yang mengalir air mata dan tidak kurang pula dengan gurauan mesra mengingati kisah 42 tahun berlalu. Bukan sahaja murid mengalirkan air mata malah guru-guru kami jua. Bagai satu jelmaan yang tidak terfikir selama ini.
Paling hiba, diwaktu zuhur diiringi suara azan daripada masjid terdekat, kami mula berpisah. Linangan air mata mengalir seolah-olah kami tidak akan dipertemukan lagi. Apa pun kami mohon kepada Allah agar pertemuan kami ini diberkati dan perpisahan semula kami pula dirahmati.
|
Cikgu Hashim Daud |
|
Cikgu Othman (Suara masih lantang) |
|
Cikgu Mohd Karaf (Seorang ushawan yang berjaya) |
|
Cikgu Shukri (Peminat kereta antik) |
|
Cikgu Mahmud (Mantan Guru Besar) |
|
Cikgu Mohd Isa (Advantured dan pemburu tegar) |
|
Cikgu Mohd Salleh Ali (Pesara sepenuh masa) |
|
Cikgu Jaafar (Pendakwah yang disegani) |
|
Cikgu Roziah (Ushawan) |
|
Cikgu Baharuddin (Seorang ushawan yang berjaya)
Kalau dulu perkhidmatan keretapi telah menjadi sinonim dalam perjalanan ZBA merentas semenanjung. Paling terbaru pun 3 tahun yang lepas daripada Bangkok ke Butterworth. Namun demikian, ketika itu "Trek" baru landasan berkembar masih dalam pembinaan. Jadi hari ini adalah peluang keemasan untuk menggunakan perkhidmatan keretapi pulang ke Kuala Lumpur diatas atas trek yang baru. Bukan itu sahaja, stesyen keretapi pada keseluruhannya telah berubah wajah. Alhamdulillah. Cantik, kemas dan inilah sepatutnya dilakukan sejak 20 tahun lampau. Model ini banyak dilihat di China dan dinegara-negara maju yang lain. Satu perubahan yang baik dan merupakan model tranpotasi masa kini.
Sungguhpun kita telah mengadakan itu semua, namun apa yang ZBA lihat pembinaan landasan berkembar tidak banyak menjamin penjimatan masa dan menarik perhatian penduduk untuk menggunakan perkhidmatan keretapi. Landasan masih disaiz yang sama dan pergerakan keretapi tidak boleh mencapai tahap kelajuan tinggi. Contoh di China. Mereka merekabentuk landasan yang besar dan stabil membolehkan keretapi bergerak dengan laju dan pantas. Apa yang ZBA pernah alami daripada Tianjin ke Beijing yang jauhnya 180km cuma mengambil masa 30 minit dengan kelajuan 355ksj. Tambang sehala ialah RM28.00. Perjalanan itu sama dengan Kuala Lumpur ke Ipoh. Tetapi keretapi kita bergerak pada purata kelajuan 110km dan mengambil masa 2J dan 30M dengan tambang sehala RM 35.00.
Oleh yang demikian apakah perancangan kita untuk besok hari atau 100 tahun akan datang. Atau adakah sekadar melepas batuk ditangga dan mengaut keuntungan semata-mata. Tulisan ini bukan berbentuk menegur sesiapa tetapi jika kita ingin mengarah kepada sebuah negara maju kita wajib turun padang dan membuat kajian yang teliti. Jangan disebabkan mengejar keuntungan kita mengabaikan hak pengguna sebagai pembayar cukai yang memerlukan perkhidmatan yang selesa dan terbaik.
Kini landasan telah tersedia tetapi keretapi pula jarang berada diatas landasan. Kekerapan perjalanan masih tidak berjadual sepenuhnya. Kesanya menyebabkan penumpang terpaksa memilih altinative yang lain dan ini menunjukan bahawa perjalanan dengan keretapi bukan satu keperluan utama jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang menjadikan keretapi sebagai pengangkutan awam utama dan efishen. Manakala tambang pula harus diambilkira dari servis yang disediakan dan masa perjalanan yang pantas, selamat dan selisa.
Dengan tambang pesara RM 30.00 berada di kelas 2 tempat tidur ZBA memulakan perjalanan malam dari Alor Star menuju Kuala Lumpur. Keretapi tiba tepat pada waktunya dan perjalanan bermula jam 19.58 dan sampai di KL jam 05.30 pagi. Secara keseluruhan, kecanggihan landasan baru ini tidak dipertikaikan. Senyap dan perjalanan sungguh lancar. Kecuali semasa keretapi melintasi Sungai Buluh sehingga ke KL. Landasan masih ditahap 10 tahun lalu. Bising, berdentum dentam dan bergoyang walaupun dalam kederasan yang perlahan.
Amnya, jika kita dengan perancangan yang terbaik, membina landasan yang lebar dan train yang terkini, banyak masa dapat dikurangkan dan hakikat memberi kepuasan kepada semua pengguna keretapi.
|
JOURNEY BY KTM TRAIN