Assalamualaikum,
Al-maklum sebenarnya tiada dalam kalender ZBA untuk kemana-mana pada bulan Disember ini kerana banyak sekali acara perkahwinan saudara mara dan rakan taulan. Secara kebetulan rezeki mendatang, Air Asia telah membuat tawaran promosi tambang murah ke Hadyai. Tiket sehaluan cuma RM 52.00 bagi perjalanan 1 jam. Manakala tiket kembali pula dengan KTM yang juga tambang diskaun cuma RM 32.00 daripada Hadyai ke Kuala Lumpur bagi kelas berhawa dingin.

Buat mereka yang pertama kali turun ke Hadyai, Hadyai adalah berbedza sedikit dengan bandar-bandar lain di seluruh Thailand. Ini kerana Hadyai lebih mirip kepada suasana perkampungan Melayu kerana didaerah Selatan Thai terdapat 50% dari seluruh populasi adalah dari Keturunan Melayu Thai. Sesetengah daripada mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu dailog Kelantan yang fasih. Cara dan gaya mereka berkomunikasi adalah lemah lembut dan amat bersopan santun samaada pertuturan mereka dalam bahasa Melayu atau berbahasa Thai.
Mereka juga dilihat lebih Islamaik jika dibandingkan dengan negara jiran. Bagi keturunan Melayu Thai, kaum lelaki khususnya dikalangan veteran, mereka berpakaian ketayap putih dan berkain selempang ditetakan diatas bahu (Tiada pemakaian songkok). Manakala wanita pula mereka bertudung morden bagi remaja dan menutup kepala dengan selendang bagi wanita berumur.
Daging Biawak (Nua Len) di Pasar Besar Songkla
ZBA pertama kali melangkah datang ke Hadyai ialah pada tahun 1971 semasa berumur 15 tahun dan ketika itu, Hadyai dikenali sebagai "Bandar pelacuran dan hiburan". Adalah menjadi sindiran buruk kepada penduduk Utara Semenanjung yang berkunjung ke Hadyai ketika itu. Kini puluhan kali telah ZBA lawati Hadyai, tetapi sangkaan negative itu masih didengari. Sebenarnya Hadyai berkembang dari sebuah bandar perkampungan kepada bandar terbesar diselatan Thailand yang merupakan pusat komersial terkenal dikalangan raayat Malaysia, Indonesia dan Singapura khususnya dan amnya didunia.
Barangan di Hadyai terkenal murah tetapi kualitinya agak sederhana. Peniaga selalunya mengambil keuntungan setinggi 40% daripada sesuatu barangan yang dijual. Oleh yang demikian kepada pengunjung wanita agar harus pandai tawar menawar semasa berbelanja di Hadyai. Terdapat dua pasar yang menjadi tumpuan disana, Asean Market dan Suntisook Market. Barangan kraf tangan adalah produk utama mereka dengan kretiviti dan senitangan yang mengkagumkan. Sekiranya pembaca melawat seluruh pasar-pasar seni di Negara-Negara Asean, longgokan kraftangan Thai terdapat dimana-mana.
Songkhla. Bandar pesisir pantai yang cantik yang mengadap ke Teluk Siam. Pasirnya memutih dengan deruan bayu ombak memecah pantai. Kawasan ini amat sesuai untuk pelancung yang bekeluarga dan pasangan yang berhanimun. Jarak antara Songkhla dengan Hadyai ialah 28 km yaani mengambil masa satu jam perjalanan. Rujuk www.allwheelride.com bagi mendapatkan maklumat terkini.
Penginapan. Thailand adalah negara terbaik dunia dalam menyediakan hotel-hotel penginapan. Terbaik dari segi kebersihan, fasilitas, perkhidmatan dan sebagainya dengan harga yang amat murah. Tiada perbandingan negara didunia yang dapat menyediakan perkhidmatan seumpamanya setakat yang ZBA pernah lawati.
Pemandangan dalam bandar Hadyai dimana ZBA akan ceritakan serba sedikit apa yang telah mereka lakukan sehinggamana mereka boleh sampai ketahap sekarang. Maju dan berketerampilan.
Hadyai dan Pembangunan.
Bus tidak dibenarkan dilaluan tengah bandar Hadyai begitu juga Songtheow. Oleh yang demikian jika pembaca melihat adanya bas dalam bandar Hadyai bermakna itu adalah bas dari negara jiran 1M dan Singapore.
Kenderaan dijalanraya adalah didominisasi oleh 95% kenderaan berjenama Toyota, Honda, Isuzu dan lain-lain buatan Jepun. Canggih, murah jika dibandingkan dengan kenderaan-kenderaan dinegara jiran diselatan Thailand. Sungguhpun jenama kenderaan mereka dari Jepun tetapi jika dibandingkan dengan kenderaan keluaran tempatan negara jiran, 100 kali lebih baik. Keluaran seperti Bas Kecil (Van) penumpang di built Inn untuk penggunaan CNG bagi menjaga alam sekitar. Tidak hairan Hadyai sekarang mulai bebas daripada pulution.
Keselamatan. Seringkali kita dengar dari media keparat bahawa keadaan tembak menembak kerap kali berlaku di Selatan Thai. Dalam ingatan kita tentulah ramai pasukan keselamatan akan membuat kawalan disana sini disekitar Hadyai. Tetapi heran, Hadyai aman damai dan jarang sekali kita temui pasukan keselamatan samaada Polis atau Askar berkawal disana. Walhal di KLIA, tempat dimana sebuah negara yang selalu membanggakan diri sebagai negara paling aman, puluhan Askar dan Polis dengan lengkap berpakaian kombat mengawal disetiap penjuru. Terbalik. Tempat hura hara tiada pasukan keselamatan. manakala tempat yang dikatakan aman pasukan keselamatan ada mana-mana.
Ingatan kepada pembaca, Hadyai merupakan bandar pintar. Dimana-mana anda pergi anda diawasi CCTV. Mata ajaib yang tidak pernah melupai mangsa. Awas dan awas.
Satu kebaikan ZBA lihat dan perkara ini sepatutnya kita implimentasikan. Mereka menempatkan Ambulan serba lengkap di persimpangan jalan ditempat paling sibuk ditengah pekan Hadyai bagi menghadapi sebarang kemungkinan kemalangan jalan raya. Satu amalan yang baik dan amat praktikal.
Gerai-gerai jalanan sewenang-wenangnya tidak dibenarkan. Kawasan terpilih dan kawasan tertentu sahaja dibenarkan. Itu pun selepas tengah malam pembaca selesa berjalan dikaki-kaki lima jalan.
Thailand Negara dominan Buddha tetapi Islam diamalkan dengan bebas disana. Malah pemerintah menyediakan perkhidmatan keawangan Islam kepada mereka. "Islamic Bank of Thailand". Halal hup dimana-mana dengan sijil yang tertulis halal sebagai pengesahan. Terbaiknya terdapat juga dihotel-hotel yang mempamirkan tanda halal malah didalam dan diluar bilik penginapan ditunjukan arah Kiblat untuk kaum muslimin dan muslimat beribadat tanpa bersusah payah tercari-cari arah Kiblat.
Mohon pembaca kemukakan kepada ZBA dihotel manakah di Negara Islam 1M yang mempamirkan Logo Halal. Tidak habis dengan itu di Balai Polis Hadyai juga ditulis dalam Bahasa Malaysia "Balai Polis Haadyai". Persoalannya kenapa mereka boleh berbuat demikian sedangkan kita tidak.
Pintu Masuk ke Hadyai Gondola
Lebih memalukan kita. Di Stesyen Keretapi Hadyai di kaunter tiket ditulis dengan tulisan Huruf Jawi sebagai bahasa kedua selepas bahasa ibunda mereka Thai. Mohon berikan contoh jika perkara yang sama ada dimana-mana tempat awam di NegaraKu.
Kebersihan. Penilaian tentang kebersihan adalah baik, jika dibandingkan dengan Key El yang memegang status sebagai sebuah bandaraya. Walaupun Hadyai jauh lebih kecil tetapi jarang sekali kita dapati longgokan sampah atau sampah sarap diatas jalan-jalan raya. Suasana kelihatan bersih sungguhpun tiada bakul sampah khas disediakan. Pembaca juga jarang kelihatan masyarakat Thai merokok dan membuang puntung rokok dimerata-rata tempat.
Unik dan mungkin satu budaya. Sungguh pun mereka bukan berugama Islam, Hadyai dilihat bebas dari remaja berdua-duanya dan berpeleseran dipusat-pusat membeli belah. Perkara sebegini juga terdapat di seluruh India. Kemungkinan pegangan agama mereka memungkinkan mereka tidak bersosial. Tetapi apa yang terjadi diNegaraKu. Remaja Muslim bergaul tanpa batasan. Melempar anak haram sesuka hati. Sampai kini pihak yang berwajib masih menganga untuk mencari penyelesaian. Masyaallah.
Aku dan Minah Songkhla
Aksi Penyanyi Menora sempena menyambut Tahun baru 3012
Keretapi Tanah Melayu. Bunyinya ringkas dan hebat tetapi penuh bermakna. Bermaknanya kerana "Melayu" satu-satu namanya yang masih digunapakai sedangkan lain-lainnya sudah dikuburkan sejak 55 tahun merdeka. Hari ini 31 hb Disember 2012 hari terahir dalam kalender masehi maka sibuklah media pencacai NegaraKu menghitung anak tahun baru yang lahir pada keesokan harinya. Manakala semasa blog ini ditulis terpampang "500,000 raayat keluar menyambut tahun baru di Putra Jaya". Bunyinya bangga sekali. Tetapi tidak pula dikira ratusan kondom terpakai bersepah disana sini (Sumber dari pekerja DBKL yang mengutip sampah di Dataran Merdeka) setiap kali perayaan menyambut tahun baru ditahun-tahun sebelumnya.
Kebiasaanya KTM akan membawa dua buah Koc sahaja apabila memasuki Thailand ke Hadyai setiap hari. (Sumber daripada petugas KTM). Itu pun koc akan ditarik oleh Lokomotif Royal Thai Railway (RTR). Tetapi tidak pula terjadi kepada 2 Koc International Railway Butterworth-Bangkok yang ditarik sendiri oleh Lokomotif Thailand memasuki Malaysia. Kenapa boleh terjadi ?. Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh pegawai-pegawai KTM.
Hari ini hari istimewa. KTM dibenarkan membawa 5 Koc sekali gus. 2 Koc tempat tidur kelas dua, sebuah Koc deluxe kelas dua dan 1 Koc VIP lima bintang beserta sebuah Koc Generator.
Paparan ini bukan untuk disensasikan. Ingat, ZBA bukan media pencacai tetapi pengembara jalanan yang prihatin dan menulis dari mata yang melihat. Persoalan kepada tulisan ini ialah pembaziran wang raayat yang sepatutnya diberhentikan serta merta.
ZBA menjengok dari luar kedalam Koc VIP yang dimaksudkan. Adoh, ibarat hotel berbintang lima dengan serba kemewahan. Didalamnya didiami sebuah keluarga tetapi tidak dapat melihat sepenuhnya kerana kain langsir yang menutupi bahagian-bahagian tertentu. Hati kecilKu berkata siapakah gerangan penghuninya ?
Persoalanya, kenapa kerana sebuah keluarga harus melakukan pembaziran yang sebegini rupa. KTM ialah agensi milik kerajaan dan milik raayat NegaraKu yang membayar cukai.
Pembaca bayangkan kerana seorang makhluk
Seorang teman daripada Spain bersama kami melahirkan perasaan tidak puas hati beliau tentang hawa dingin yang terlampau sejuk pada malam berkenaan. Apa tidak, kami sendiri pun tidak langsung dapat melelapkan mata kerana kesejukan. Saya lihat teguran beliau diambil secara acuh tidak acuh oleh petugas sehinggalah beliau turun di KL Central dengan seribu penyesalan. Maybe this is the first and the last fikir hati kecilKu.
4H/3M dengan perbelanjaan RM 301.89 seorang, kami pulang dengan senyuman penuh keriangan.
NEXT TRIP PHILIPPINES